Pulau pulau di semenanjung Malaysia yang perlu anda kunjungi

Stress..! Stress betul hidup kita ni kan? Kalau anda setuju pasti anda impikan percutian atau break untuk melepaskan tension dan stress. Destinasi mana yang anda akan pilih? Kalau ke luar negara macam pedih untuk poket kita sebab ringgit sudah jatuh berbanding matawang asing. Kalau ke luar bandar macam boring je. Pasti anda terfikir destinasi yang ideal macam pulau pulau yang cantik di Malaysia!

Di sini kita mahu kongsikan pulau cantik yang anda tak patut sebarkan kepada orang lain. Cukup untuk diri sendiri supaya anda dapat enjoy pulau tu dengan aman!


Pulau Rawa (Johor)

Pulau Rawa adalah salah satu pulau dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut timur Johor. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.


Tanjong Jara (Terengganu)

Terletak berhampiran bandar Dungun, pantai Tanjung Jara ini mempunya persisiran pantai yang luas dan pasir keemasan. Dengan suasana yang tenang dan damai anda pasti dapat melepaskan stress yang lama terpendam.


Pulau Tenggol (Terengganu)

Pulau Tenggol terletak di negeri Terengganu dan mempunyai 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar yang di syorkan sebagai tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar dan beberapa jenis batu karang.

Jika anda bernasib baik, diantara bulan Julai dan September anda berpeluag melihat kehadiran Yu paus yang besar dan cantik.


Pulau Perhentian Kecil & Besar (Terengganu)

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada masa ini Pulau ini menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara kerana kecantikan pantai dan laut.


Tanjung Rhu (Langkawi)

Tanjung Rhu adalah sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah. Tanjung Rhu menawarkan pengalaman yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim – Kilim Natural Geopark.


Pulau Aur (Johor)

Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.

Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin. Ia juga dijadikan tempat perhentian para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling.

Perlukan teksi ke outstation call sms whatsapp sy di +60164128076 email adfunk@icloud.com atau lawati taxi online booking di https://lccttaxis.wordpress.com

Advertisements